GEMPUR SPMILMU · DISIPLIN · MASA DEPAN
/
G Masuk

Tentang Gempur SPM

Bahan ulang kaji Sejarah, Fizik, Biologi dan Kimia SPM untuk memahami konsep dan mengulang bahagian lemah.

Siapa di sebalik laman ini?

Gempur SPM ialah projek pembelajaran Cikgu Haris Harun. Fokusnya ialah membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5 menguasai fakta dan konsep Sejarah, Fizik, Biologi dan Kimia serta memahami sebab dan aplikasi. Laman ini ialah bahan tambahan, bukan laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Peperiksaan atau Dewan Bahasa dan Pustaka.

Apa yang boleh dibaca tanpa akaun?

Pusat Nota menyediakan 61 nota bab, latihan mengingat semula dan contoh soalan dengan penerangan. Nota dirumus menggunakan bahasa sendiri berpandukan topik KSSM dan sumber asal setiap subjek dan bank latihan projek. PDF penuh buku teks tidak diterbitkan di sini. Nota ringkas tidak menggantikan bacaan buku teks atau bimbingan guru.

Bagaimana aplikasi berfungsi?

Mod Belajar percuma memerlukan login untuk menyimpan kemajuan, XP dan Zon Lemah. Mod Ujian ialah RM19.90 sekali bayar bagi setiap subjek: Sejarah 120 set, Fizik 20 set, Biologi 20 set dan Kimia 25 set. Pembelian membuka akses sepanjang hayat bagi subjek yang dipilih sahaja. Setiap set mempunyai 40 soalan, manakala sesi Belajar biasa mempunyai 20 soalan. Belajar Sejarah/Fizik/Kimia menggunakan empat soalan dan 120 saat setiap seksyen; Biologi tanpa timer. Ujian Fizik menggunakan 45 saat/soalan dengan baki dibawa ke depan, manakala Biologi dan Kimia menggunakan 75 minit satu kertas.

Ketepatan dan pembetulan

Bank gabungan mempunyai 8,860 rekod termasuk variasi, bukan 8,860 fakta unik. Pengulangan fakta dan putaran pilihan jawapan disengajakan untuk latihan. Kami tidak mendakwa semua rekod sudah melalui audit editorial penuh atau soalan ini ialah soalan peperiksaan rasmi. Jika menemui kesilapan, hantar tajuk nota atau teks soalan serta rujukan pembetulan kepada email sokongan. Tiada jaminan keputusan atau gred A+.